Friday 10 October 2014

SPM!!! Dah Datang Menjemput!!!

       Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog saya, saya ingin memperkenalkan diri saya semula kepada sesiapa yg lupa. Nama saya Muhamad Amirul Aiman dan panggil je Amirul atau Aiman,okay??? Topik kita berkaitan dengan "SPM Semakin Hampir". Persediaan Aiman setakat ni hanya 65% sahaja untuk semua subjek tapi Insha Allah Aiman akan cuba sebaik mungkin untuk SPM dan kepada pelajar-pelajar yang mengambil SPM dan rakan-rakan saya sendiri saya ingin mengucapkan "GOOD LUCK AND FIGHTING!!!" 

      Cita-cita Aiman nak jadi seorang arkitek atau jurutera kimia Insha Allah kalau ada ruangan rezeki terbuka untuk Aiman. Anyway saya ingin memohon maaf kepada semua orang jika saya melakukan sebarang kesilapan atau kesalahan. Untuk Farah Diana Binti Hassan pula, dia nak jadi seorang buisnesswoman mcm abah dia yang tersayang tapi malangnya dia kata nak ambil akaun tapi mana-mana pun boleh asalkan dia pun berjaya kan??? setuju tak korang??

     Maaf saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menulis panjang-pejang dan saya harap semua orang yang kenal saya akan doakan untuk saya dan semua pelajar-pelajar yang mengambil SPM di seluruh negeri di Malaysia dan harapan saya agar saya sendiri mendapat keputusan cemerlang dan rakan-rakan saya terutamanya "FARAH". Saya yakin terhadap kehebatan Farah dalam pelajarannya. Masa pun cemburi dengan Aiman. Semoga kecemerlangan di Malaysia meningkat agar Malaysia akan lebih maju dan sejahtera. Dah macam karangan pula....


      Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia : M & MF

Sunday 30 March 2014

Is About You

IS ABOUT YOU !!!
(PART-1)

            Aku seorang jejaka yang mempunyai kelulusan diploma dalam bidang Arkitek. Nama aku Khairul Amri Bin Zamri. Aku berumur 27 tahun tetapi aku belum jumpa seseorang yang mampu memberi impak dalam hati aku. Selama ini, aku cemburu apabila melihat pasangan yang bercinta atau pasangan yang sudah berumah tangga tetapi aku?? Aku seorang yang suka keserdahanaan dan suka menangkap gambar pemandangan yang indah tetapi bukan perempuan atau wanita. Aku merasakan cinta itu hanya sekadar perasaan yang hanya hadir apabila sesebuah hubungan antara lelaki dan perempuan terjalin tetapi cinta juga boleh membunuh hati seseorang. Aku bingung dan resah jikalau aku dipertemukan seseorang yang inginkan cinta. Mungkin cinta ini tidak sesuai untuk aku atau tidak ada dalam kamus hidup aku tetapi aku tetap cemburu terhadap pasangan yang bercinta. Mereka nampak sangat gembira teruntamanya pasangan suami isteri. Woww!, sungguh romantik dikatakan. Aku juga ingin merasakan perasaan yang sama tetapi aku belum bersedia untuk "BERCINTA" atau "SAYANG" akan seseorang. Mungkin masa silam yang sering menghantui aku tentang perkataan "CINTA". Tetapi....

         Pada suatu hari semasa aku di kedai kopi, aku ternampak seorang wanita jelita ini yang memotong barisan aku -_- . Dia dalam keadaan sangat terburu-buru seperti mengejar masa. "Woi! adik manis janganlah potong barisan boleh?", kataku. Wanita itu dalam keadaan bingung dan memandang dengan mata yang tajam. "So? ko nak buat apa wahai lelaki gemuk?", kata wanita itu. Wanita itu terus meminta pesanan kopinya dan terus beredar dari kaunter. Dalam hati aku, memang wanita sekarang tidak ada adab ke? . Lalu, aku pun memesan kopiku yang lazat iaitu "Mocha Blender" dan aku pun terus pergi ke tempat ke atas untuk mengambil tempat duduk. Semasa, aku ingin melihat tempat kosong untuk aku menikmati kopi yang lazat ini, malangnya tempat duduk semuanya penuh kecuali ada satu.Tetapi bersebelahan dengan wanita yang kurang adab tadi itu. Aku pun memaksa diri aku untuk duduk disebelah wanita itu tanpa ragu-ragu.

          Kemudian, wanita itu memandangku dengan matanya yang tajam seperti pembunuh bersiri ke-8. Aku pun berkata, "What's Your Problem?". Lalu dia pun kata, " I hate you!". Aku pun terperanjat dan berkata dalam hatiku,"Apa masalah dia ni?". Aku terus buat seperti biasa lalu menghabiskan kopiku yang semakin kurang lazat itu kerana wanita itu yang membuatkan aku hilang selera.Lalu........(bersambung part-2)